MINGGU 1

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

· Menggunakan web, video, audio, dan imej
· Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
  bahasa Melayu.
· Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.


1. Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.


2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.


3. Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.


3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.


3.2 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

ALAMAT INTERNET

Tajuk
Kata Ganda
URL


Tajuk
Kata Nama
URL


Tajuk
Kata Nama Am dan Khas
URL


Tajuk
Kata Nama Am
URL


Tajuk
PPISMI
URL


Tajuk
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
URL


Tajuk
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
URL


Tajuk
Pantun
URL


Tajuk
Karangan
URL


Tajuk
Penanda Wacana
URL


Tajuk
Gurindam
URL


Tajuk
Kata Ganti Nama Diri
URL


Tajuk
Syair
URL


Tajuk
Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ayat Majmuk Campuran dan Ayat Majmuk Pancangan
URL






Tajuk
Peribahasa Melayu
URL





KATALOG INTERNET

Tajuk
Kata Ganda
URL

Sinopsis
Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda

Tajuk
Kata Nama
URL

Sinopsis
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

Tajuk
Kata Nama Am dan Khas
URL

Sinopsis
Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.

Tajuk
Kata Nama Am
URL

Sinopsis
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya.
Kata nama khas pula merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.

Tajuk
PPISMI
URL

Sinopsis
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan muktamad tentang pemansuhan PPSMI pada Julai, 2009 yang lalu.

Tajuk
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
URL

Sinopsis
Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.

Tajuk
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
URL

Sinopsis
A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).

Tajuk
Pantun
URL

Sinopsis
Mengandungi pelbagai jenis koleksi pantun. Misalnya koleksi pantun majlis.

Tajuk
Karangan
URL

Sinopsis
Membincangkan mengenai penulisan karangan yang tepat dan lengkap.

Tajuk
Penanda Wacana
URL

Sinopsis
Menyenaraikan beberapa jenis pananda wacana yang sesuai digunakan di dalam sesebuah karangan.

Tajuk
Gurindam
URL

Sinopsis
Mengandungi pelbagai jenis gurindam yang sesuai buat para pelajar.

Tajuk
Kata Ganti Nama Diri
URL

Sinopsis
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
2. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata ganti nama diri
    yang sesuai.

Tajuk
Syair
URL

Sinopsis
Penulisan syair dapat melahirkan pemikiran yang kreatif kepada pembaca yang dapat menghayati keindahan bahasanya.

Tajuk
Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ayat Majmuk Campuran dan Ayat Majmuk Pancangan
URL





Sinopsis
Mengandungi jenis-jenis ayat tunggal, ayat majmuk, ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pancangan. Ayat ini memandu murid supaya dapat membentuk kata-kata yang bermakna.

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL



Sinopsis
Mengandungi pelbagai jenis peribahasa Melayu yang sesuai digunakan di dalam penulisan sesebuah karangan.







No comments:

Post a Comment